Laman Utama

Mengalu-alukan kedatangan anda ke Laman Web SMK Sungkai. Laman web ini dibina bertujuan untuk memberikan maklumat tentang SMK Sungkai, falsafah, misi dan visi, juga pencapaian kami baik dari segi kurikulum dan ko-kurikulum, Segala aspek sekolah – dari pengurusannya hingga ke murid-muridnya boleh didapati disini.

Disamping itu, kami menyediakan beberapa pautan untuk ke laman – laman terkini yang melibatkan pelaksanaan pengurusan sekolah secara maya. Diharap anda dapat manfaat dari laman web ini.

Warga SMK Sungkai sentiasa mengembleng tenaga untuk meningkatkan prestasi dan potensi diri. Sepanjang tahun persekolahan, warga SMK Sungkai tidak pernah kenal erti penat dan lelah dalam menjayakan misi dan visi. Setiap tahun, warga SMK Sungkai bangkit dari segi pencapaian kurikulum dan ko-kurikulum. Harapan warga SMK Sungkai adalah dapat menjadi sekolah contoh kepada sekolah-sekolah lain disekitarnya.